Khamis, 9 Februari 2012

Pengumuman:

Sahabat-sahabat yang berminat dan berhajat untuk bersama menziarahi serta meraikan sambutan perayaan ke 60 tahun Madrasah Al-Falahiah Al-Islamiah Chana Senggora (Songkhla Thailand) pada 26 Februari 2012 boleh hubungi saya di talian 019-5228455 atau email ; kama54us@gmail.com.  Jadual perjalanan dicadangkan pada 25 Februari 2012 untuk ke Pattani melawat Bendang Garam, Masjid Kresik, Telaga Hang Tuah dan tempat-tempat bersejarah. Pada tanggal 26 Februari ke perayaan 60 tahun Madrasah Al-Falahiah Al-Islamiah Chana Songkhla. 

Jarak perjalanan:

Dari sempadan Dan Nok/Bukit Kayu Hitam ke Hatyai 60km dan dari Hatyai ke Chana 35km.  Manakala dari Chana ke Bandar Pattani 65km. 

Kenderaan:

Menggunakan kenderaan sendiri, bawa geran kereta dengan membayar insuran RM15.00 untuk 9 hari. Wilyah sempadan seperti Songkhla boleh guna border pass, manakala ke Pattani anda perlu guna pasport antarabangsa.  Lain-lain perbelanjaan tanggung sendiri seperti makan, minyak kenderaan dan penginapan.  Bermalam di Hotel tidak mahal hanya sekitar RM50-RM70 untuk sebilik 2 orang.  Jika ada 5 orang boleh guna sebuah kereta termasuk pemandu yang mempunyai geran sendiri.  Bergerak secara berjamaah dapat jimat perbelanjaan. RM100 seorang sudah boleh jimat perbelanjaan untuk minyak, makan, penginapan dan lain-lain tidak termasuk perbelanjaan untuk membeli-belah.

Penyelaras program ziarah Selatan Thailand:

Ustaz Kamaruddin Kassim
Email : kama54us@gmail.com
Telefon : 019-5228455

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan